Monday, September 20, 2010

Ayuh bangkit!

Malam tadi, seorang ukhti mengingatkan diri yang dhoif ini..

"Na...akak harap awk jangan lemah semangat ye, semoga Allah redha"

Aku muhasabah sejenak, adakah aku sedang futur? Sungguh, saat ini....diri ini seolah-olah hilang fokus. Aku mencari hamasah utk bangkit kembali. Sungguh hanya Dia sebaik-baik penjaga dakwah ini, namun aku tetap bimbang. Tiap saat aku berfikir, apa lagi yang aku perlu buat? Adakah aku benar2 telah melaksanakan tugasku?

Beban amanah dan tanggungjawab yang dipikul ini terasa tidak mampu untuk dipikul lagi, tapi aku tidak mahu menjadi seperti Yunus a.s.....harus bertahan.


Pagi ini, aku terima emel. Pendek, tapi cukup untuk memujuk diri ini;

* * * * * * * * * *

Assalamualaikum wrt wbt

my dearest ukhti nana...yg jauh di mata, namun ketahuilah Allah mentakdirkan bahawa nana teramat dekat di hati akak...semoga Allah berkati ukhuwah ini...

apa khabar nana dan akhwt semua? semoga nana sentiasa diberi keikhlasan pada Allah dalam memikul tanggungjawab yg diberi...semoga sentiasa diberi hikmah dalam melakukan tindakan..semoga sentiasa dipandu neraca Allah dalam memilih pilihan yg ada....semoga sentiasa diberi kekuatan menghadapi ujian yg datang....semoga nana sentiasa dalam kesabaran dan syukur dalam melalui jalan ini...

wassalam

* * * * * * * * *

Adakalanya, kita tidak sedar bahawa diri kita dalam keadaan futur. Kalau diri tak kuat, nahaslah! Syaitan dah sedia menanti di pintu jahiliyyah...na'uzubillahi min zalik..

Ayuh, muhasabah diri sentiasa. Tunaikan hak Allah dengan sepenuh keikhlasan;

" Dan mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Dan sungguh solat itu sungguh berat kecuali bagi orang2 yang khusuyuk"

" Dan bersabarlah, kerana sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala orang yang berbuat kebaikan"

Allah itu ghoyah kita
Allah itu tumpuan kecintaan kita



Monday, July 26, 2010

Pemergian..

Auckland hambar hari ini, akhawat pergi menuju destinasi realiti...doaku agar mereka terus kuat & tsabat insyaAllah.

Tidak ada suatu kebaikan yang dianugerahkan kepada seorang hamba sesudah Islam, selain dari s
audara yang soleh. Apabila seseorang di antara kamu merasai sentuhan kasih sayang dari saudaranya, maka hendaklah dia berpegang kepadanya ( umar alkhattab)

Sesungguhnya seorang muslim itu apabila ia berjalan di jalan Dakwah,
Ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja,
Bahkan dibawa bersama hati saudaranya,
Justeru itu, setiap pahala yang didapati di sepanjang perjalanannya,
pasti akan terbias untuk saudara seperjuangannya. [mustapha mashyur]

Buat mereka yg masih lagi berada di sini, jangan ditangisi permergian sahabat..sungguh jika kita tetap berada di jalan ini, kita akan tetap bertemu keranaNya.
Aku menanti detik itu...




Sunday, July 11, 2010

Amanah

Baru shj kembali dari jaulah ski bersama adik2ku...

Sungguh aku terasa ruh & ukhuwah yg kian subur dlm hati mrk..subhanallah, tak tergambar perasaan di hati ini bila melihat adik2 semakin bersemangat menerima islam..

kalau sebelum ini aku sgt2 tiada masa utk diorg, cuti kali ini terasa dekat pulak dgn diorg..
serius rindu benar nak msk, muayashah, pillow talk dgn adik2 ni..alhamdulillah, Allah masih beri peluang

lepas ni, semakin byk kerja...IPK tak setel lagi...teruslah berusaha & berfikir. moga tidak jemu tapi terus kuat insyaAllah

sungguh, tiada kenikmatan di dunia ni jika nak dibandingkn dgn kenikmatan syurga...hasbiallahu wani'mal wakil


Tinta ku..

Alhamdulillah...Allah Yang Maha Pemurah & Maha Penyayang

The very best moment of my tarbiyah...teringin sekali aku catat setiap detik & saat aku bersama islam.

Ape yg best sgt?

Bagi yg belum faham, mesti confuse..hehe

Aku menulis utk aku meluahkn ape yg aku rasa.
Biar ianya mengalir bersama amal2ku, jika tidak pd perbuatan, aku harap ianya terzahir pd tulisan insyaAllah..

Aim baru ku buat semester ini, mengekspresi diri dgn pena, inilah tinta ku...