"Na...akak harap awk jangan lemah semangat ye, semoga Allah redha"
Aku muhasabah sejenak, adakah aku sedang futur? Sungguh, saat ini....diri ini seolah-olah hilang fokus. Aku mencari hamasah utk bangkit kembali. Sungguh hanya Dia sebaik-baik penjaga dakwah ini, namun aku tetap bimbang. Tiap saat aku berfikir, apa lagi yang aku perlu buat? Adakah aku benar2 telah melaksanakan tugasku?
Beban amanah dan tanggungjawab yang dipikul ini terasa tidak mampu untuk dipikul lagi, tapi aku tidak mahu menjadi seperti Yunus a.s.....harus bertahan.
Pagi ini, aku terima emel. Pendek, tapi cukup untuk memujuk diri ini;
* * * * * * * * * *
Assalamualaikum wrt wbt
my dearest ukhti nana...yg jauh di mata, namun ketahuilah Allah mentakdirkan bahawa nana teramat dekat di hati akak...semoga Allah berkati ukhuwah ini...
apa khabar nana dan akhwt semua? semoga nana sentiasa diberi keikhlasan pada Allah dalam memikul tanggungjawab yg diberi...semoga sentiasa diberi hikmah dalam melakukan tindakan..semoga sentiasa dipandu neraca Allah dalam memilih pilihan yg ada....semoga sentiasa diberi kekuatan menghadapi ujian yg datang....semoga nana sentiasa dalam kesabaran dan syukur dalam melalui jalan ini...
wassalam

* * * * * * * * *
Adakalanya, kita tidak sedar bahawa diri kita dalam keadaan futur. Kalau diri tak kuat, nahaslah! Syaitan dah sedia menanti di pintu jahiliyyah...na'uzubillahi min zalik..
Ayuh, muhasabah diri sentiasa. Tunaikan hak Allah dengan sepenuh keikhlasan;
" Dan mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Dan sungguh solat itu sungguh berat kecuali bagi orang2 yang khusuyuk"
" Dan bersabarlah, kerana sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala orang yang berbuat kebaikan"
Allah itu ghoyah kita
Allah itu tumpuan kecintaan kita
No comments:
Post a Comment